Pada zaman sains dan teknologi (ICT) kini, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu Berbantukan Komputer adalah kursus yang memberikan banyak manfaat kepada bakal-bakal guru bahasa dalam merancang dan melaksanakan proses P&P di sekolah. Kursus ini menjelaskan penggunaan enjin pencarian bahan bahasa Melayu, aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet, pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran, pembinaan dan penggunaan tapak dan laman web, pengaplikasian struktur perpautan, pengaplikasian model pemprosesan maklumat, pengajaran bahasa secara atas talian, pengajaran dan pengajaran secara bilik darjah maya dan sidang video, penggunaan alat pengarangan , mereka cipta animasi, bengkel penggunaan cakera padat, dan seminar serta pameran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment